The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Friday, December 5, 2008

Mengajar berfikir dengan peta minda

September 2008, Halaman 84-85.

Tn Hj Syahrul Nizam Junaini
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Malaysia Sarawak


Bagi kanak-kanak, berfikir memerlukan konsep yang konkrit. Konsep ini harus nyata dan jelas menurut persepsi kanak-kanak. Mereka memerlukan satu medium sebagai kaedah menukar konsep atau idea yang abstrak kepada sesuatu yang jelas dalam pandangan mereka.

Dalam hal ini peta minda menyediakan kaedah yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak. Secara umumnya mulai umur enam atau tujuh tahun, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan dengan peta minda.

Artikel kali ini mengupas kaedah mengajar kanak-kanak berfikir menggunakan peta minda.

Apakah peta minda?

Hari demi hari kanak-kanak membina kosa kata dan pemahaman terhadap sesuatu konsep atau perkara. Kaedah asas yang mereka lalui ialah dengan melihat dan mencerap. Oleh kerana perkara yang mereka lihat adalah dalam bentuk tampak atau visual, mereka akan juga merakamkannya di dalam ingatan juga dalam bentuk visual.

Secara asasnya, peta minda adalah lakaran dalam bentuk visual sesuatu idea atau konsep. Ia mengandungi satu idea utama yang biasanya dilukiskan di tengah-tengah ruang. Kemudian beberapa idea cabang (5 atau lebih) dari idea asal di tengah-tengah ruang lukisan tadi akan dihubungkan dengan lakaran berupa garisan penyambung. Idea cabang tadi seterusnya boleh mengandungi pecahan untuk aras-aras bawah yang seterusnya.

Pastikan setelah teks siap ditulis, kesemua idea dari yang paling rendah hingga ke idea paling utama siap dihubungkan dengan garisan. Seterusnya untuk mengukuhkan daya ingatan kanak-kanak, warna dan gambar serta rajah bersesuaian boleh dilukiskan bersebelahan teks. Ia membantu memberi penegasan secara visual tentang sesuatu idea, fakta atau persoalan.

Untuk artikel penuh e-mel syahruln77@gmail.com

3 comments:

syahrulnizam said...

assalamualaikum...
saya berminat untk dapatkan artikel penuh bertajuk MENGAJAR BERFIKIR DENGAN PETA MINDA..

saya sangat2 berharap tuan dapat emelkan artikel tersebut kerana saya ingin mendapatkan maklumat berkaitan untuk tugasan assignment saya yang bertajuk Peranan Ibubapa dan guru dalam menggalakkan anak2 untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

harap tuan dapat membantu saya.

terima kasih..

suriani yusoff

syahrulnizam said...

assalamualaikuan tuan hj,
Saya harap tuan dapat mengirimkan atrikel penuh mengenai tajuk artikel mengenai berfikir menggunakan peta minda.. Ini kerana saya sekarang sedang mencari bahan rujukan untuk kajian tindakan yang akan saya buat untuk pembelajaran tingkatan satu yang menggunakan peta minda dan pengurusan grafik sebagai alat untuk meningkatkan penguasaan dan minat dalam pembelajaran sains.

Terima kasih.

Norafidah

syahrulnizam said...

Assalamualaikum..

Artikel yang tuan sertakan dalam Koleksi artikel Anak dan ICT dan dunia ICT, Majalah Pa&Ma bertajuk Mengajar berfikir dengan peta minda amat bermanfaat bagi seorang guru muda seperti saya..
Bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat, saya amat berminat untuk mendapatkan artikel penuh bahan bacaan tersebut.

Diharap tuan dapat sertakan artikel penuh tersebut.

Sekian,

Noraini

Blog Widget by LinkWithin