The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Friday, December 5, 2008

Permainan Video: permainan atau pembelajaran?

November 2007, Halaman 84-85.

Oleh Hj Syahrul Nizam Junaini

Gaya hidup kanak-kanak masa kini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh permainan komputer. Permaian komputer yang diperkenalkan pada mulanya di Amerika Syarikat sekitar 1970an, kini telah menjadi satu trend di seluruh dunia.

Sebenarnya penyelidikan dalam bidang ini telah dijalankan di peringkat universiti. Antaranya ialah oleh Video Games Research Group, Malaga University, Sepanyol serta National Centre of Educational Information and Communication, Kementerian Pelajaran, Kebudayaan dan Sukan, Sepanyol.

Sebelum ini, reaksi yang diterima daripada ibu bapa kebanyakannya menyatakan bahawa permainan video membawa pengaruh negatif kepada anak-anak mereka. Adakah ini benar? Artikel ini memfokus kepada isu yang menarik tentang permainan video – adakah ianya berpotensi sebagai peralatan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak?

Pengaruh negatif permaianan video?

Di dalam temubual rambang yang saya jalankan, secara umum masih ramai ibu-bapa yang agak risau dengan pengaruh negatif permainan video kepada anak-anak mereka. Perwatakan kasar, ketagihan dan pengasingan diri adalah antara perubahan sifat kanak-kanak yang dikaitkan dengan permainan video. Ada juga kanak-kanak yang merosot prestasi pembelajaran gara-gara masa yang terbazir di hadapan TV sambil tangan mereka memegang joystick.

Kebanyakan ibu-bapa sangat risau kalau-kalau permainan video boleh membawa pengaruh ganas ke dalam rumah mereka. Ini kerana kanak-kanak begitu mudah meniru aksi kasar seperti bertumbuk yang mereka lihat semasa bermain.

Fakta yang menarik disini ialah para penyelidik di Amerika Syarikat menyatakan bahawa setakat ini belum terbukti melalui penyelidikan dan uji kaji bahawa permainan video membawa kesan negatif.

Malah jika kita lihat hari ini, semakin banyak permainan video terdapat di pasaran. Perkara ini yang pada asalnya adalah berkaitan dengan tujuan santai, telah bertukar menjadi satu industri yang serius yang mencecah nilai bilion dolar Amerika. ...

Untuk artikel lengkap emel syahruln77@gmail.com

3 comments:

syahrulnizam said...

Assalamualaikum,

Saya ingin memohon artikel penuh dari saudara yang dipaparkan di bloq pada 5 Desember 2008, yang bertajuk 'Permainan Video: permainan atau pembelajaran'.

Selaku seorang pelajar, artikel berkenaan sangat bersesuaian sebagai rujukan untuk tesis saya. Untuk makluman saudara, saya seorang pelajar Senibina di UiTM.
Saya harap saudara sudi membantu. Terima kasih.

- MH

syahrulnizam said...

saya perlukan artikel berkenaan dengan video games..skrng saya sedang mengkaji berkenaan dengan pengaruh negetif didalam hampir 20 video games..moga-moga pihak tuan dapat membantu serba sedikit kajian saya..wslm..

Kamil

syahrulnizam said...

Assalamualaikaum encik Syahrul Nizam Junani nama saya Noorma ingin meminta tolong encik menghantar artikel penuh mengenai permainan video kepada saya . Saya memerlukan artikel encik untuk membuat pembentangan di kelas . Saya pelajar tingkatan enam di SMK Sungai kapar Indah dan saya amat memerlukan maklumat tambahan dari encik untuk menyiapkan tugasan saya .saya sudah mencari maklumat melalui pembacaan dan internet tapi tak banyak yang saya dapati oleh itu kerjasama daripada encik amat saya hargai. Terima Kasih.

Blog Widget by LinkWithin