The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Friday, December 5, 2008

Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak

Jun 2007, Ms. 84-85.

Salah satu bidang utama yang mendapat kesan langsung daripada ICT ialah pendidikan. Dengan sifat kanak-kanak yang sukakan permainan dan hiburan, aplikasi ICT dalam bidang tersebut juga semakin berkembang.

Dari segi peralatan komunikasi, anak kecil berumur dua tahun pun sudah mengerti untuk bercakap dengan datuk atau nenek menggunakan telefon bimbit.

Bagaimanapun, satu isu sensitif -- namun penting berkaitan kesan penggunaan ICT dalam pembelajaran ialah dari segi kesannya terhadap pencapaian pelajar. Adakah kesannya benar-benar mendalam bagi meningkatkan pencapaian kanak-kanak? Artikel ini mengupas bagaimana memanfaatkan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.

Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang

Pengaruh era siber nyata mempengaruhi gaya hidup kanak-kanak pada zaman milenium ini. Mereka begitu berbeza dengan kanak-kanak yang lahir 15 atau 20 tahun yang lalu. Era maklumat tanpa sempadan telah menjadikan mereka warga global. Maklumat boleh dicapai hanya di hujung jari.

Bagi kanak-kanak penggunaan teknologi dan peralatan ICT kini bukan lagi perkara baru. Di negara maju seperti United Kingdom, ICT telah menjadi satu revolusi utama yang mengubah gaya pembelajaran di sekolah-sekolah.

Untuk artikel penuh e-mel syahruln77@gmail.com

4 comments:

syahrulnizam said...

nak artikel lengkap bgi tajuk kreativiti kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak,n asah kemahiran matematik si kecil.TQ
ur artikel is brilliant

-Mia

syahrulnizam said...

assalamualaikum......saya aida nak minta tolong tuan berikan artikel penuh tentang pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak dengan segera.........thank you.........


aidazieda

syahrulnizam said...

saya pelajar utm....saya nak minta tolong tuan berikan artikel penuh tentang pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dengan segera.

- muhdbukhari

nad said...

SALAM, saya bakal usahawan, nak buka taska, boleh bagi detail tak bahan2 pembelajaran IT untuk kanak umur 0-6 thn. saya nakbuka taska berkonsepkan ict/it

Blog Widget by LinkWithin