The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Friday, December 5, 2008

Komputer dan perkembangan linguistik kanak-kanak

Mei 2007, Ms. 84-85.

Ibu bapa sudah tentu mengimpikan anak-anak yang petah bercakap dan berbahasa. Artikel ini mengupas keupayaan teknologi komputer dalam membantu membina perkembangan lingustik, bahasa dan pertuturan kanak-kanak.

Kecerdasan lingustik

Teknologi arahan berbantukan komputer (CAI) jelas telah menunjukkan satu pendekatan yang berkesan dalam memperkembangkan kecerdasan linguistik kanak-kanak. Dengan perisian pembelajaran yang kaya dengan paparan grafik berkualiti, disertakan pendekatan ala-permainan, kanak-kanak pasti akan tertawan.

Justeru seawal mungkin, dengan bantuan teknologi multimemedia kanak-kanak harus diperkenal dengan kemahiran-kemahiran tersebut. Kebanyakan kajian tentang perisian komputer mendapati bahawa ia berpotensi dalam memperkasa kemampuan mendengar dan menyebut dalam kalangan kanak-kanak. Perkara ini sangat penting terutama bagi kanak-kanak yang mempunyai kesukaran menyebut perkataan dengan betul.

Antara penyebab komputer sesuai dijadikan peralatan dalam memperkembangkan kemahiran lingustik kanak-kanak adalah kerana faktor kejelasan. Arahan suara digitalnya berkualiti tinggi. Ia juga mempunyai sistem suap balik (feedback) bagi pembetulan interaksi.

Selain itu, dalam tugasan menulis dengan perisian pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word, kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran linguistik mereka. Ini kerana mereka akan lebih cenderung membaca dengan agak nyaring teks yang tertera pada skrin. Dalam kes persekitaran pembelajaran berkumpulan, kanak-kanak juga boleh saling bekerjasama menyemak teks yang tertera. Ibu bapa berperanan memantau jika wujud kesilapan.

Perisian pembelajaran berbantukan multimedia juga dilaporkan sebagai berupaya membantu terutama dalam perkembangan kecerdasan bahasa kanak-kanak. Contohnya, perisian penggubahan multimedia seperti Macromedia Flash yang semakin mesra pengguna memudahkan guru menyediakan bahan pembelajaran. Sejak sekian lama buku teks tradisional mendominasi kaedah pembelajaran kanak-kanak. Kini muncul pula buku elektronik yang pasti memukau kanak-kanak.

Untuk artikel penuh e-mel syahruln77@gmail.com

2 comments:

syahrulnizam said...

boleh saya dapatkan artikel penuh mengenai "KOMPUTER DAN PERKEMBANGAN LINGUISTIK KANAK-KANAK"...

syahrulnizam said...

Salam..
Saya merupakan pelajar dalam jurusan Pendidikan Prasekolah. Saya
sedang mencari artikel yang berkaitan dengan aktiviti komputer yang
bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Oleh sebab itu, saya
ingin meminta artikel tersebut daripada Tuan. Jasa baik Tuan saya
dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Wassalam..

NZ

Blog Widget by LinkWithin