The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Friday, December 5, 2008

Iklan televisyen dan kesannya terhadap kanak-kanak

November, 2006. ms 84-85.

Menurut satu kajian di Amerika Syarikat, kanak-kanak yang menonton televisyen akan tededah kepada lebih daripada 40,000 iklan setahun.


Selain itu, lebih daripada 10 minit daripada setiap jam laluan siaran diberikan kepada slot pengiklanan. Ini bermakna kanak-kanak seolah-olah ‘dipaksa’ menghabiskan sebahagian daripada kehidupan mereka hanya dengan menonton iklan di televisyen.

Pemahaman awal kanak-kanak

Kajian oleh Weller pada tahun 2002 mendapati bahawa kanak-kanak dapat mengenali logo dan simbol jenama sebelum mereka boleh membaca. Mereka akan lebih mudah mengingati satu-satu iklan yang mengulang-ulang paparan logo atau jenama produk.

Menurut kajian oleh penerbitan seperti Marketing dan Marketing Week pula, kanak-kanak seawal umur tiga hingga empat tahun dapat memahami bahawa iklan yang dipaparkan di kaca televisyen mempunyai agenda seolah-olah memujuk.

Perkara pokok yang terus menjadi agenda para penyelidik dalam bidang ini ialah dari segi keupayaan kanak-kanak membezakan iklan daripada rancangan sebenar. Mereka juga tercari-cari jawapan kepada persoalan kesan mesej terhadap kanak-kanak.

Permasalahan timbul apabila kanak-kanak yang berumur kurang daripada tiga tahun tidak dapat memberi respon yang sempurna apabila ditemu bual tentang kefahaman mereka terhadap iklan.

Di Sweden, polisi negara itu menyekat paparan iklan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Ini kerana mereka didapati sukar memahami maksud dan tujuan sebenar sesuatu iklan.

Ada pendapat profesional yang menyatakan jika anak-anak tidak benar-benar memahami niat pemasaran melalui iklan di TV, mereka berhak mendapat ‘perlindungan’ daripada iklan.
Sebagai contoh di Greece, iklan barang permainan adalah dilarang pada setengah-setengah keadaan. Negara seperti Belgium dan Australia pula menghadkan tayangan iklan semasa rancangan kanak-kanak disiarkan.

Untuk artikel penuh e-mel syahruln77@gmail.com


2 comments:

syahrulnizam said...

assalamualaikum...tuan, saya juga memerlukan artikel penuh untuk tajuk-tajuk artikel tuan di bawah :

1. Iklan televisyen dan kesannya terhadap kanak-kanak

eryma

Unknown said...

assalamualaikum. saya pelajar ijazah uitm dan memerulkan artikel penuh untuk tajuk iklan televisyen dan kesannya kepada kanak2. kajian saya ialah diskriminasi kanak2 dalam senario iklan .

Blog Widget by LinkWithin