The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Friday, December 5, 2008

5 tip jadikan Internet selamat bagi kanak-kanak

Ogos 2008, Halaman 84-85.

Tn Hj Syahrul Nizam Junaini
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Malaysia Sarawak

Anak anda yang berumur melebihi 6 tahun, atau yang sudah mula boleh membaca pasti terpesona melayari Internet. Mereka boleh belajar dan bermain di alam siber yang tidak bersempadan. Namun awas, Internet juga mengandungi unsur-unsur yang boleh membahayakan anak anda!

Tip #1: Berbincanglah dengan Anak Anda
Tip #2: Letakkan Komputer di Lokasi yang Sesuai
Tip #3: Kawal Capaian
Tip #4: Pasangkan Penyaring (Filter)
Tip #5: Carikan Laman Web yang Sesuai

Untuk artikel penuh e-mel syahruln77@gmail.com

1 comment:

syahrulnizam said...

okeh ada 5 tips mcm mana nak pastikan internet selamat untuk anak2 kita:

opss sebelum tu lupa nak ckp, sumber ni aku ambil dari En Syahrul Nizam Junaini, fakulti sains komputer n teknologi maklumat, UMS...tocey tocey...arigato gozaimas...hiks

1. first sekali, mesti bincang dgn anak..jelaskan bahaya di internet pada dia. pastikan dorang faham apa laman web yg boleh dilayari n apa yg tak boleh. mungkin lah depa tak paham kan apa yg kita ckp,jadi guna analogi (perbandingan) dgn bertanya pada mereka apakah bahaya yg akan dihadapi kalau naik kereta org yg tak dikenali.so internet itu adalah 'kereta' tersebut. mungkin dorang tak paham istilah cyber crime, cyber bullying n pornografi..jelaskan je pada dorang dlm bahasa yg lebih mudah supaya mereka paham..

2. letak komputer di tempat yg sesuai..ohh ini bapak aku praktikkan..letak kat tempat yg senang kita nampak cth ruang tamu lar, mudah nak jeling2...hehe..jadi senang lah kita nak tangkap kalau dorang tak ikut rules yg kita tetapkan..kalau kita letak kat bilik, mungkin dorang leh tgk laman2 web yg tak diingini or bersembang dlm chat room dgn org yg tak ketahuan...so bahaya ok...

3. kawal capaian. sekat awal2 anak2 dari cuba permainan atas talian yg berunsur ganas atau lucah..kita kena pantau la...bagitau kat depa tak leh nak main coz dilarang oleh agama n undang2..

4. pasangkan filter. ada dua kategori penyaring. satu adalah software filter yg boleh didownload pd komputer...n lagi satu pula boleh diaktif pada pelayar internet spt internet explorer..kedua2 penyaring ni leh blocking anak kita daripada singgah ke laman web yg terdapat perkataan tertentu (cth cam seks)..jadi bila dorang search, memang tak dpt den nak nolong lah jawabnya..hehehe padan muka dorang!!

5. cari laman web yg sesuai.. kita boleh minta mereka layari laman web yg kita senaraikan sahaja....ibu bapa kena pandai lah menggodek laman2 web yg berinformasi n sesuai dilayari kanak2...actually, ada banyak laman web yg bagus2 jadi apsal nak kena layari laman web lain???...ha ckp mcm tu pada depa...hehehe...mcm mana kita nak tau sesuatu laman web or permainan itu selamat atau tak??...ha panduannya baca dulu komen atau rating daripada pengguna lain..senang jeh...

semua tips ini melibatkan disiplin yg tinggi ye bapa2 n ibu2...aku ingat lagi, bapa aku dulu akan check history untuk tahu laman web apa yg kami adik beradik layari...yelah, bapak aku mana ler reti filter2 nih lagi masa zaman tu...kami pun tak pandai nak jenguk2 history...tapi budak sekarang, korang jgn haraplah nak tgk history..dorang dah delete dulu sebelum kita check..budak2 skang kan the advance...so better used filter jeh ok...hehehe..

amacam berguna tak panduan aku ni???...aku dah didedah dgn internet sejak dlm arena persekolahan menengah lagi...aku pun ada gak main chat...tapi itulah, time tu tak reti nak cari chatroom malaysia, jadi aku masuk yg omputih punya..paham jelah kan bila chat ngan omputih, asyik tgk dictionary je aku..kadang2 tanya mak bapa aku maksud yg depa duk ckp..hahaha...lawak seh...

sekian...harap semua puas hati dgn info hari ini..selamat beramal..ahaks


alfa juliet

http://azhariahzuber.blogspot.com/2009/04/internet-selamat.html

Blog Widget by LinkWithin