Kanak-kanak dan komputer bukan lagi satu perkara yang asing. Malah mereka turut menjadi sebahagian pengguna teknologi ini. Namun begitu, sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk memantau segala aktiviti mereka yang melibatkan penggunaan komputer. Tidak semua laman web atau perisian sesuai untuk kanak-kanak. Ada sesetengahnya berunsur ganas malah terdedah pada perkara yang boleh memanipulasi fikiran mereka. Dengan mematuhi garis panduan serta kawalan yang cukup, komputer boleh diguna pakai dalam membantu meningkatkan proses pembelajaran kanak-kanak agar lebih mudah dan menarik. Dalam erti kata lain, jika dimanfaatkan sebaiknya oleh para ibu bapa, teknologi ini mampu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Anakku Celik Komputer, merupakan koleksi artikel penulisan Syahrul Nizam Junaini dalam ruangan Anak dan ICT (kini Anda & ICT) di Majalah Pa&Ma. Buku ini mengetengahkan peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak seawal usia setahun untuk mengenali dan memahami fungsi komputer. Selain itu, buku ini disarankan untuk mereka yang terlibat secara langsung dalam industri pendidikan kanak-kanak prasekolah sebagai rujukan. |
No comments:
Post a Comment