The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Sunday, February 1, 2009

Kongsi pengalaman hamil dengan blog

Feb 2009

Hj. Syahrul Nizam Junaini
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Malaysia Sarawak
http://www.syahrulnizam.com/


Kehamilan merupakan tempoh paling istimewa dalam kehidupan seorang wanita. Perkara ini pasti dirasai terutama oleh mereka yang kali pertama mengandung.

Hari demi hari, ada sahaja pengalaman baru dirasai. Selain itu muncul maklumat baru yang didengari atau dipelajari dari rakan-rakan yang berpengalaman.

Di samping itu, ada juga ibu yang mencatatkan di dalam diari mereka detik bersejarah lebih kurang sembilan bulan kehamilan.

Namun zaman Internet memberikan pilihan yang lebih menarik. Kini diari peribadi anda boleh dihasilkan melalui teknologi blog. Blog berasal dari frasa “web log” atau log web (sesawang).

Dengan teknologi blog, diari pengalaman hamil anda boleh dibaca oleh hampir sesiapa sahaja dari seluruh dunia. Bukan setakat itu, pelawat laman blog anda boleh berinteraksi atau meninggalkan komen pada apa yang anda tulis (post).

Selain itu, anda berpeluang meninggalkan catatan peribadi berkaitan topik yang dibincangkan. Anda juga boleh berinteraksi atau menghantar emel kepada tuan punya blog untuk mendapat maklumat lanjut.

Jika sedikit masa dahulu, istilah blog jarang-jarang kita dengari. Namun kini, aktiviti memblog (blogging) sudah menjadi fenomena biasa. Buktinya pada masa artikel ini ditulis, penyedia perkhidmatan blog popular, Wordpress (http://www.wordpress.com/) merekodkan 4.9 juta blog yang dihoskannya.

Purata 100 ribu post dihantar setiap hari. Di samping itu, Laman eMarketer (http://www.emarketer.com/) melaporkan bahawa di Amerika Syarikat sahaja 94 juta pengguna Internet melayari blog pada 2007.

Laman Technorati (http://www.technorati.com/) pula pada Februari 2008 mencatatkan jumlah keseluruhan blog di alam siber mencecah 112 juta.

Yang pasti, blog memberikan anda kuasa menghasilkan laman web peribadi dengan pantas dan mudah. Paling penting, ianya percuma! Selain itu, menghasilkan sendiri blog bukanlah sesukar mereka bentuk laman sesawang. Ia sebenarnya cuma melibatkan tiga langkah mudah. Ringkasan langkah ditunjukkan dalam rajah di bawah.




Untuk artikel penuh emel syahruln77@gmail.com

3 comments:

syahrulnizam said...

Saya pelajar USM berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang artikel penglibatan kanak-kanak dan ICT. saya ada membaca beberapa artikel tentang itu dalam bolg saudara tapi tidak lengkap. Oleh itu saya nak minta jasa baik saudara untuk mengirimkan artikel2 tersebut terutama berkenaan penglibatan kanak-kanak prasekolah dan ICT.

Terima kasih

ZJ

syahrulnizam said...

Saya telah memilih beberapa tajuk artikel seperti di bawah:

1. Si kecil dan Pembelajaran Berasaskan Multimedia Interaktif

2. Celik Komputer dan Perana Ibu Bapa

3. Komputer dan Perkembangan Linguistik Kanak-kanak

4. Komputer dan Literasi Kanak-kanak Prasekolah

Saya harap dapat menerima artikel daripada saudara secepat mungkin.


ZJ

Unknown said...

Why casinos are rigged - Hertzaman - The Herald
In the UK, worrione casino games are https://tricktactoe.com/ rigged and there is evidence of fraud, crime or disorder gri-go.com or an bsjeon individual's involvement. There are also many 바카라

Blog Widget by LinkWithin