The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Wednesday, September 1, 2010

Laptop: pensel di era digital

Pa&Ma Ogos 2010
Syahrul Nizam Junaini

Laptop bersifat dwi-fungsi. Pertama sebagai tingkap dan kedua sebagai alat. Ia tingkap bagi kanak-kanak menjengah dunia baru. Ia alat bagi kanak-kanak berfikir. Justeru projek OLPC (One Laptop per Child) merupakan usaha Media Lab, Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat ke arah impian ini.

Ilham profesor Nicholas Negroponte yang merupakan pengarah organisasi tersebut berwawasan melihat kanak-kanak berumur 6 sehingga 12 tahun di seluruh dunia diberi peluang memiliki komputer. Konsep yang ditekankan berasaskan teroka, eksperimen dan ekspresi dalam kalangan kanak-kanak.

Projek OLPC menampilkan komputer riba yang diberi nama XO. Versi pertamanya mempunyai spesifikasi pemproses dengan kelajuan 433MHz, ingatan 256MB RAM dan paparan paparan hablur cecair (LCD) 7.5 inci. Statistik terkini di seluruh dunia mencatatkan bahawa XO sudah berada di 21 negara membangun. Kini disebar-sebarkan kepada lebih 1.28 juta kanak-kanak di seluruh dunia.

Daripada segi saiz, komputer riba lebih sesuai bagi kanak-kanak berbanding komputer peribadi. OLPC menumpukan ciri ergonomik atau kejuruteraan insan. Ia menekankan keselesaan, kecekapan dan ciri senang guna kepada kanak-kanak. Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan OLPC sebagai satu inspirasi baru dalam kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat dunia.

Konsep penting projek OLPC membenarkan kanak-kanak yang memilikinya bagi bertanggungjawab melindungi, menjaga dan berkongsi set mereka. Dengan harga pasaran yang disasarkan sekitar sekitar $100 dolar Amerika (RM332), ia relatif murah untuk dimiliki semua.
Hingga kini Uruguay, merupakan negara pertama yang paling aktif dalam projek ini. Sudah 100,000 kanak-kanak sekolah rendah di negara itu menikmati kehebatan XO.

Baru-baru ini di Gaza, lebih 2,000 unit XO diagih-agihkan kepada kanak-kanak Palestin, lapor United Nation Relief and Works Agency (UNRWA). Menjelang 2012 pula, angka ini dijangka mencecah 500,000 unit. Ia dilengkapi dengan perisian buku teks yang lengkap dengan alat bantu mengajar bagi kegunaan guru.

Di seluruh Afrika pula, 30 juta OX bakal diagih-agihkan kepada kanak-kanak. Melalui kerjasama antara East Africa Community (EAC) dan OLPC, wawasan ini dilihat tidak mustahil boleh dicapai.
Selain itu dengan adanya XO yang mempunyai sambungan ke Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) tanpa wayar, kanak-kanak bebas meneroka dunia pengetahuan tanpa sempadan. Laptop XO direkacipta dengan teknologi tanpa wayar berciri pintar. Sekiranya salah satu laptop sudah bersambung dengan Internet, laptop lain mendapat akses kepada Internet yang sama.
Kini XO versi 1.75 muncul dengan reka bentuk menyerupai XO-1 dan XO-1.5. Ia dilengkapi pemproses x86 cip Geode daripada Advanced Micro Devices (AMD). Namun pada masa hadapan, laptop XO-3 bakal muncul dengan inovasi terbaru yang lebih gempak. Ia dijangka menyerupai sehelai kertas berbanding sebuah laptop gaya lama yang besar dan berat.

Hubungi penulis di emel syahruln77gmail bagi mendapatkan artikel penuh.

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Blog Widget by LinkWithin